skbpkj.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PALOH
KG MELAYU BATU 4, 86600 KLUANG, JOHOR Tel : 077814550, Faks : 077814550
e-mel : skbpkj@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KALENDAR 2014 | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOKASI SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | BENDERA SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN MURID | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | GURU DAN KELUARGA | PERGI DAN DATANG | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

    

     SEKAPUR SIRIH DARIPADA
     ENCIK KATIGO BIN SUKIMAN
      GURU BESAR


      Assalamualaikum Wrbkth.

     Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Barisan Pendidik dan Kakitangan, Para Pelajar, serta Ahli Jawatankuasa PIBG ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

     Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

     Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

     Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

     Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

     Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

     Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: