skbpkj.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PALOH
KG MELAYU BATU 4, 86600 KLUANG, JOHOR Tel : 077814550, Faks : 077814550
e-mel : skbpkj@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KALENDAR 2014 | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOKASI SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | BENDERA SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN MURID | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | GURU DAN KELUARGA | PERGI DAN DATANG | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah ditubuhkan pada 2 Februari 1950, sebelum tertubuhnya sekolah ini kanak-kanak dari Ladang Bukit Paloh dan Kampong Melayu Batu 4 terpaksa bersekolah di Pekan Paloh yang jaraknya lebih daripada 6km. Kanak-kanak ini terpaksa menaiki lori untuk ke sekolah, dan apabila ketiadaan lori memaksa mereka berjalan kaki.

Kesedaran pekerja ladang betapa pentingnya pendidikan  telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak agar sebuah sekolah dapat ditempatkan di Ladang Bukit Paloh. Maka pada 2 Februari 1950, Kementerian Pelajaran pada masa itu telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah dengan 'SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH' di Ladang Bukit Paloh.

Murid-murid sekolah ini pada awal penubuhannya terpaksa belajar di rumah-rumah pekerja ladang yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik kelas. Pada tahun 1977, Kerajaan Malaysia telah meluluskan agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri. Sehubungan dengan itu, seorang dermawan bernama Tuan Syed Hassan Bin Hashim telah bermurah hati untuk menyerahkan tanahnya di Lot 1071 seluas 8 ekar 1 rod 08 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah.

Maka dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh berpindah ke bangunan sendiri pada 3 Januari 1978 dengan alamatnya berikut:

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH                                                            KAMPONG MELAYU BATU 4 PALOH,                                                                                              PALOH KLUANG,                                                                                                                                   JOHOR.

SEJARAH NAMA SEKOLAH 


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Sekolah  ini pada asalnya dinamakan Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh berdasarkan Lokasi sekolah. Memandangkan pihak Pengurusan Ladang telah bermurah hati untuk membenarkan rumah pekerjanya digunakan sebagai kelas yang diubahsuai, maka perkataan 'Ladang' masih kekal digunakan sehinggalah sebelum berpindah ke bangunan sendiri.

Apabila berpindah ke bangunan baru terdapat usaha-usaha untuk menukarkan nama sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh kepada 'SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG MELAYU BATU 4'. Namun demikian usaha tersebut tidak menjadi kenyataan tanpa diketahui sebabnya. Maka dengan itu, nama sekolah ini bertukar sedikit dengan membuang perkataan 'Ladang' dengan alamat barunya:

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PALOH                                                                             KAMPONG MELAYU BATU 4 PALOH,                                                                                              PALOH KLUANG,                                                                                                                                   JOHOR.

PENGASAS SEKOLAH 

Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah diasaskan pada awal tahun 1949 sebelum menjadi kenyataan pada tahun 1950. Diantara pengasas sekolah ini ialah :

1. Tuan Syed Hassan Bin Hashim (Allahyarham)

    Beliau adalah kontraktor di Ladang Bukit Paloh, selain menjadi imam di Ladang yang sama. Beliau juga yang    memperjuangkan agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri dan berjanji jika kerajaan memberi peruntukan untuk membina bangunan sendiri maka beliau juga sanggup mewakafkan sebahagian tanahnya. Apabila Kerajaan meluluskan peruntukan pembinaan Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh, maka beliau juga mengotakan janjinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

2. Tuan Haji Samuni Bin Hassan (Allahyarham)

    Beliau adalah seorang bilal muda di Ladang Bukit Paloh. Sebagai orang muda, Beliaulah yang diharapkan untuk bergerak agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh menjadi realiti. Selepas bersara beliau berpindah ke Kampung Melayu Batu 4 dan dilantik menjadi Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung Melayu Batu 4 Paloh sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: